31 December 2011

Di sebalik kisah Disney's Princess :)

" Pernah tengok tak Snow White? "
" Snow White? Tak la pulak, salji putih pernah la tengok "
" Pandai la kau buat lawak~ "

Betul ni ! Pernah tengok tak cerite pasal Disney Princess? Snow White? Cinderella ? Tak ? Okelah! Hari nie terdetik pulak nak listkan semua cerita tu, and korang tau tak, setiap cerita tu asalnya dari kisah dongeng, atau fairytale? (sama la tu kan?) So here I goes~!


Snow White
Muncul buat kali pertama dalam cerita Snow White and the Seven Dwarfs, pada tahun 1939. Cerita nie berasal dari Eropah dan popular di Jerman setelah dipopularkan oleh Brothers Grimm (Jacob dan Wilhelm Grimm) dengan kisah Snow White and the Seven Dwarves 

Kalau bukan versi Jerman lain tau!

  • 12 orang kerdil tu sebenarnya perompak
  • Cermin ajaib milik Maleficent pula ditukar dengan dialog antara matahari atau bulan.
Kalau dalam versi Albani oleh pensyair Johann Georg von Hahn:
  • watak utama - Snow White probably - tinggal dengan 40 ekor naga
  • Snow White koma bukan pasal epal, tapi sebab cincin
  • Pada permulaan cerita, cikgu Snow White suruh Snow White bunuh mak tiri dia (Maleficent) supaya cikgu nya boleh jadi permaisuri 
  • Dalam versi Albani ada 2 versi orang yang nak bunuh Snow White - mak tiri dia, dan dua orang kakak tiri Snow White. Kedua - dua sebab nak bunuh pasal cemburu.
Cinderella

Dia nie pulak muncul dalam kisah Cinderella pada tahun 1950. Kalau Cinderella yang ini, Disney ambil dari Cinderella versi Perancis oleh Charles Perrault, yang ditulis pada tahun 1697.

Tahu tak, nama Cinderella ada makna yang bermaksud seseorang yang menerima kesenangan setelah mengharungi pelbagai kesusahan. That's really sound Cinderella-ish. 

Ada 3 versi Cinderella yang berlainan telah dicipta:
  • Cenerentola - oleh seorang askar Nepolion dan pegawai kerajaan; pada 1634
  • Aschenputtel - oleh Brothers Grimm; pada 1697
  • Cinderella - oleh Charles Perrault; pada 1697
Oh! Satu lagi fakta, nama sebenar Cinderella adalah Ella, tapi ada satu hari tu dia ditugaskan menghidupkan api, tapi disebabkan bara api (cinder) tu selalu menyambar dia, akhirnya dinamakan Cinder-Ella.

Aurora

Puteri Aurora muncul buat kali pertama dalam cerita Sleeping Beauty pada tahun 1959. Kisah dia nie diambil dari kisah Sleeping Beauty versi Perncis, oleh Charles Perrault yang ditulis pada tahun 1634. Kadangkala Aurora turut dikenali dengan gelaran Briar Rose.

Kisah Sleeping Beauty ada dua nama :
  • La Belle au bois dorman (The Beauty in the Sleeping Wood) - Perancis
  • Little Briar Rose - Jerman 
Kalau dalam versi Perrault, ada sambungannya! Dalam sambungan tu, Aurora ada dua orang anak yang bernama L'Aurore (yang bermakna 'Dawn') dan Le Jour ('Day'). Disney ambil nama Aurora tu dari nama anak dia dari sini lah!

Ariel 

Si puteri ikan duyung ini pula muncul dalam cerita The Little Mermaid pada tahun 1989. Kalau dia nie pulak, Disney ambil dari kisah pensyair berbahasa Danish (Denmark I assume), yang bernama Hans Christian Andersen. Asalnya cerita ini ditulis untuk pertunjukan balet, selepas popular ianya diterbitkan menjadi teater muzikal dan filem animasi.

Dalam bahasa Danish, The Little Mermaid bermakna The Little Seawoman (Den Lille Havfrue)

Tau tak, ada sebuah patung duyung telah dibuat sempena dengan kisah The Little Mermaid. Patung itu dibina di atas batu, dan terletak di Denmark. Kalau dalam cerita Disney's The Little Mermaid, ada satu part Ariel akan duduk sama macam cara patung tu duduk!

Oh ya! kisah Ariel ada sambungan! Dalam sambungan tu, anak dia - Melody - jadi watak utama; dalam kisah The Little Mermaid:Ariel's Beginning ! Ini menyebabkan Ariel merupakan satu-satunya watak Disney's Princess yang menjadi ibu.

" So, Disney Princess yang lain selamanya jadi Princess la? Never be a mom? "
"Adoi, mane la aq tau~ "

Belle

Princess Belle muncul dalam kisah The Beauty and the Beast pada tahun 1991. Oh ya, kalau korang perasanlah, dia pernah muncul dalam cerita The Hunchback of Notre Dame. Not sure bahgian mana, sebab tak pernah tengok.

Encik Wiki takde tulis pulak mane die tulis asal cerita The Beauty and the Beast, but for me, kisah ini berasal dari Perancis sebab Belle dalam bahasa Perancis bermakna Beauty. Tajuk cerita nie dalam bahasa Perancis adalah La Belle et la Bête

Eh, lain la versi Disney dengan yang asal!
  • Kalau yang asal, Belle asal dari keluarga yang kaya - dengan 2 orang kakak, kalau si Belle nie baik, kakak dia pulak jahat dan 'jual ikan' (you know what I mean right?). Tapi keluarga dia hilang segala kekayaanya dalam ribut di laut.
  • Ayah dia seorang pedagang - berbanding dengan ' mad scientist' 
  • Ayah dia sesat lepas balik dari pelabuhan - berbanding dengan sesat sebab nak hadiri pertandingan rekacipta. 
"Aih, sikit je ? "
"Panjang la! Nak baca lanjut, tanya pakcik Wiki je!"

Jasmine

Puteri yang berasal dari kisah orang Timur Tengah (Arabic!) ini muncul dalam kisah Aladdin pada tahun 1992. Oh ya, Aladdin dalam bahasa Arab bermakna  'Glory of Religon' (  علاء الدين) ! Haha! Never notice that before! 

Puteri Jasmine berpakaian orang Arab - well of course, pakaian orang Arab dahulu kala.

Pocahontas 

Watak Pocahontas ni diambil dari watak bersejarah; Matoaka alias Pocahontas. Not sure kenapa dia nie pun salah seorang princess, sebab dia tak kahwin dengan mana-mana putera. Mungkin sebab dia anak perempuan chief. Ala macam ketua kampunglah.

Pocahontas ada perbezaan dengan kisah watak Disney Princess yang lain.
  • Tak kahwin dengan putera diraja
  • Ada dua orang watak yang minat dia - so dia boleh pilih mana satu yang dia suka!
Pocahontas bermakna 'Little Mischeif" atau "naughty one" 

Mulan

Fa Mulan, atau Li Mulan, yang lama - lama namanya jadi Mulan (memang berbelit) asal dari sajak Cina; The Ballad of Mulan. Dan dia pula watak pertama yang muncul dalam gaya Asia (cuba la jadikan kisah Bawang Putih Bawang Merah sebagai Disney Princess juga :D )

Dia muncul dalam cerita Mulan pada 1998.

Oh ya! sajak The Ballad of Mulan diaptasi dari watak bersejarah - Hua Mulan. Kisah dia lebih kurang macam Disney Mulan - jadi askar mengantikan ayah dia, dan menolak untuk menerima apa- apa gelaran atau pangkat.

Tiana

Satu-satunya watak Disney's Princess yang berkulit hitam - muncul dalam kisah The Princess & The Frog pada tahun 2009. Kisah ini diambil dari buku The Princess and the Frog yang ditulis oleh E.D Baker, tahun 2002. Ini menjelaskan kenapa kisah ini lain dari apa yang selalu saya bace. (Ahak!)

Ohhh ya, watak Tiana nie banyak sangat peminat. Sebab ramai artis terkenal berkulit hitam nak sangat jadi suara untuk Tiana nie. Mula-mula Jennifer Hudson dan Anika Noni Rose mendapat undian tertinggi. Bukan tu je, Alicia Keys sendiri telefon studio Disney personally nak watak Tiana! Tak lama lepas tu, Tyra Banks pula dicalonkan untuk watak tu! Waah~! Tapi akhirnya Anika Noni Rose juga yang dapat watak Tiana tu. (Teringin nak dengar Tyra Banks jadi suara latar Tiana!)

Rapunzel

Puteri berambut panjang yang sepanjang 70 kaki ni pula muncul dalam cerita Rapunzel pada tahun 2010. Kisah Rapunzel ini berasal dari German, oleh Brothers Grimm.

Ada versi lain juga!
  • Petrosinella - dari Eropah, dan yang tertua
  • Pentamerone - oleh Giambattista Basile, 1634
Nama Rapunzel diambil dari nama pokok bunga Campanula rapunculus - Rapunzel-Glockenblume dalam bahasa Jerman.



Allrite! That's it! Panjang sangat kan? Better stop right here. Someone will be looking at me.


Told you there's someone looking at me (_ _')
 Oh yes, Lupa nak wish....
Happy New Year~!

#1st post in the 2012~! Wish me the best for this year 8D

0 orang kritik saye:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates