29 October 2011

Negare terkecil dalam dunia: Sealand

Eh~! Lame tak jumpe kan? Sudah berbulan-bulan la! Maaf, kalau ade yang menunggu!

Summimasen~!  








Allright, nampak tak gambar ape tu ? Hehe, untuk makluman, ini la dia negare Sealand! Serius ! Negarenye memang TERsangat kecil~! Luas die 550meter persegi je! 

" Eh biar betol?? "

Betul nie! Tak percaye? Nah! Siap ade keluarge diraja lagi kat sini !

Putera Roy dan Puteri Joan

'Susah betul nak percaya! Apa yang istimewanya Sealand nie? '

Sealand terletak di timur United Kingdom. And dijadikan  negara pada 2 September 1967. Eh! Tua lagi negara kite kan? Sealand nie jugak, merupakan salah satu tinggalan Perang Dunia ke-II, jadi dia ada nilai sejarah, cuma kita je tak kenal dia kan? (Cepat angkat tangan sapa yang kenal Sealand dalam buku sejarah sebelum nie! KehKehKeh~)

Dalam negara Sealand tu jugak lah, adanya istana, walaupun kecil sahaja, tapi memadailah untuk keluarge 4 orang. Betul! Negara nie hanya ada 4 orang rakyat yang menetap kat atasnya, walaupun sebenarnya ada sebanyak 62 orang yang mengaku mereka orang Sealand.

Oh ya, bermula 11 Febuari 2007, Sealand mula menerima pelawat dari seluruh negara! Waah.. Sesiapa yang berminat, boleh la singgah sana ya? Sealand juga pernah memenangi pertandingan baling telur peringkat antarabangsa pada tahun 2008 (Peliknya sukan nie! O.o) . Tahun depan, yakni 2012, negara Sealand akan menerbitkan filem pertama mereka bertajuk ' Sealand ' pada akhir tahun nanti! Agaknya ditayang kat Malaysia kah?

Sealand turut punyai lagu tema negara sendiri, cuma yang berbeza nya, tiada lirik! Ianya juga memegang rekod 'Guinness World Record' bagi kategori kawasan paling kecil di dunia mentabalkan diri mereka satu negara. Motto Sealand adalah ; From the Sea, Freedom. Bunyi macam hebat kan?

Sealand turut keluarkan setem dan sistem pos sendiri. Tahu tak? Cume ada satu jalan sahaja di Sealand ; The Row. Kesimpulanya, alamat di Sealand macam ini lah :  

Bureau of Internal Affairs 5, The Row SEALAND 1001 
(c/o Sealand Post Bag, IP11 9SZ, UK)

' Oh, so kat mane kau jumpa Sealand nie?'

Etoo... Honestly, saya kenal Sealand daripada cerita fiksyen la. Yup, satu watak anime daripada cerita anime 'Axis Power : Hetalia'

Boku wa Sealand!
Huhu, harap maklum ya, kalau boleh semua benda saya nak kaitkan dengan anime. Huhu (Please don't hate me T____T). Okelah, sebelum kene hentam nan orang, saya pergi dulu~

Jaa~ Mata ne!

Note:
Hetalia anime yang sangat berbaloi untuk ditonton sebab mengajar pasal sejarah :D

Template by:

Free Blog Templates