29 December 2011

Christmas around the world!

Christmas is over right? Okelah, dah lame fikir nak tulis post nie, akhirnya lepas krismas baru nak menaip!
Take note : Benda ni untuk pengetahuan, nak sharing ngan semua - so no offense okay !

Pelbagai cara perayaan ini disambut di dunia 

Amerika 
Biggest Christmas tree in America!


Arizona
Diorang ikut tradisi Mexico yang dipanggil Las Posadas
Setiap keluarga akan memainkan semula lakonan Mary dan Joseph mencari tempat untuk berlindung.

New Orleans 
Perarakan lembu yang dihias dengan hiasan krismas; berarak di jalanan

Hawaii
Bermula pabila sebuah bot dipanggil 'Christmas Tree Ship' yang dimuatkan dengan barangan Krismas. Santa Claus turut menaiki bot tersebut. (lol, bunyi macam seronok je)

Ada dua buah rumah Santa Claus - rumah untuk pembahagian hadiah kepada orang awam yang terletak di Torringtun, Connecticut . Dan sebuah lagi di Wilmington, New York - tempat terletaknya perkampungan Santa dan rusa kutub.

England
Preparation for Christmas Dinner

Ada sebuah hari yang digelar 'Boxing Day' iaitu hari selepas Krismas sebab budak laki akan mengutip duit dalam sebuah kotak tanah liat, bila penuh diorang akan pecahkannya! (kenapa bunyi macam minta duit raya ek?)

Makan malam Krismas kebanyakanya dimakan waktu malam kan? Tapi tidak di England! Selalunya makan malam itu dibuat waktu tengahari pada 25 Disember.

Father Christmas (orang yang bertanggungjawab beri hadiah, bukan Santa Claus!) akan beri hadiah pada malam sebelum Krismas. Manakala kanak kanak akan letak stokin di hujung katil mereka, berharap hadiah Krismas akan penuh dalam stokin tu~

Tapi, hadiah Krismas tu takkan dibuka, sampai lah tengahari.

Finland 
Get ready in steam house!

Rumah akan dibersihkan untuk menyambut perayaan Krismas. Diorang akan meluangkan masa berjam jam di dapur untuk membuat makan malam Krismas.

Satu bekas bijiran akan digantung dekat tiang, bersama dengan kekacang untuk burung. Kebanyakan orang takkan makan malam dahulu sebelum burung datang makan makanan tersebut (aww~)

Makan malam akan hanya bermula selepas munculnya bintang pertama di langit

Sebelum diorang makan malam - dalam lingkungan 5 hingga 7 petang - diorang akan pakai baju yang bersih dan pergi ke rumah wap (steam house) untuk persediaan makan malam Krismas

Hadiah Krismas akan diberi sebelum makan malam bermula. Hadiah takkan diberi dalam stokin, tapi Santa Claus bersama beberapa orang kerdil akan beri hadiah - person-to-person!


(Finland punya sambutan paling menarik! Kalau nak listkan, tak muat ni)


Perancis
Christmas in Paris
Kalau budak di negara lain guna stokin, di Perancis diorang akan letakkan kasut berhampiran pendiangan (fireplace). Esoknya, diorang akan jumpa hadiah -samada mainan kecil dan gula-gula - tergantung di tempat pendiangan tu.

Kisah kelahiran Christ (Nabi Isa) akan diceritakan melalui penceritaan player-and-puppet di gereja-gereja besar.


Tradisi dalam keluarga Perancis -Three Kings Cake -  diorang akan cari sebiji kacang dalam tiga kek. Sesiapa yang jumpa kacang tu akan dinobatkan sebagai raja atau permaisuri untuk hari tersebut (mestilah permintaan diorang akan dimakbulkan!)


Di utara Perancis, hadiah Krismas akan diberi kepada kanak-kanak pada 6 Disember, yakni hari St. Nicholas. Orang dewasa lak akan beri hadiah sesama mereka pada sambutan Tahun Baru


Makanan traditional krismas adalah 'chocolate log' (kayu balak coklat?)


Yule Log Cake

Russia
Christmas in Moscow

Perayaan Krismas akan digantikan dengan perayaan 'Festival of Winter' . Tapi di sebahagian tempat akan selitkan juga sedikit perayaan Krismas

Festival of Winter

Kalau dalam tradisi Krismas Russia, diorang akan buat satu doa khas, dan akan berpuasa selama 39 hari, sampailah 6 Januari, iaitu bila muncul bintang petang (evening star) muncul buat kali pertama (Lamanye!)

Hay (rumput kering) akan ditabur di atas lantai dan meja, untuk memberi semangat kepada kuda supaya cepat membesar, dan diorang turut buat bunyi ayam (berkokokla~) supaya ayam ayam milik mereka akan mengeluarkan telur (okey, itu memang pelik O___O)


Jepun
mungkin camni sambutan dorang?
Hanya 1% penduduk Jepun adalah kristian, tapi kebanyakan orang Jepun akan menghias rumah mereka sempena Krismas.

Walaupun diorang tak sambut Krismas, diorang tetap bertukar-tukar hadiah sesama mereka.

Tiada makan malam yang meriah seperti yang disambut orang Eropah, tapi diorang akan berbuat baik kepada orang di sekeliling mereka terutama pesakit di hospital

There's Godzila for Christmas in Japan! xD
Rasenye sampai sini jelah! kalau nak list semua negara, memang tak lalu nak baca kan? Ahak~ Anyway, kalau minat nak tau perayaan krismas macam mane disambut, boleh la lawat laman web nie http://www.santas.net/aroundtheworld.htm

"Sore ja, mata ne!"

0 orang kritik saye:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates