04 August 2012

7 Keajaiban Dunia! (the 7 Wonders of the World)



"Eh Nani?! Hidup lagi kau?!"
"Yelah, mentang - mentang setahun saya menghilang, boleh pula kamu fikir saya dah takde?!" *shot*

Anyway, straight to the point! Merujuk kepada tajuk di atas, dengan bangganya saya nak berkongsi mengenai 7 KEAJAIBAN DUNIA!

"Semangat je lebih kau nie, minggu depan trial PMR !"
"Urgh..."

7 Wonders of the Worlds ada banyak version (Ancient, Modern, etc.) tapi saya cuma nak fokuskan pada yang dahulu kala punya je (Ancient's looks amazing!)

So, here we go! >w<

1. Great Pyramid of Giza

 Piramid memang da cukup terkenal dengan er....


Piramid Giza, Mesir

Jadi apa yang istimewanya?

  • Setinggi 454 kaki (138 meter ) yang setinggi bangunan 48 tingkat! dengan berat 2.5 tan SETIAP batu !
  • Keempat - empat bucu piramid nie mengadap utara, selatan, timur dan barat 
  • Puncak piramid betul - betul terletak di bawah matahari bila waktu tengah hari. 
Sebenarnya banyak lagi, tapi rasa macam banyak sangat pula kalau ditaip kesemuanya. Jadi, kalau rajin, tengok la ini dan ini

Oh ya! Dalam banyak - banyak 7 keajaiban dunia kuno, piramid Giza satu - satunya yang masih wujud, yang lain dah musnah ._.

Fun fact! Walaupun dengan kecanggihan teknologi sekarang, manusia masih tak boleh cipat piramid!

2. Hanging Gardens of Babylons (600 BC)

Hanging Gardens of Babylons, Babylon

Babylons dulu terletak di sungai Mesopotamia, yang mana sekarang adalah Iraq.

Taman terapung... Macam mana tu? Tergantung atas awan? Atas tali? Bukanlah.. Tergantungnya taman tu sebab taman tu dibuat di atas bangunan (bentuk macam piramid)

Tak cukup ajaib?

Babylons adalah sebuah bandar yang mana jarang menerima hujan, jadi macam mana boleh ada taman tetiba muncul?!

Dengan mencipta satu pam air yang mana mengangkut air dari sungai Euphrates yang terdekat. Nampak?? 600 tahun sebelum Masihi! Ada sebuah pam air yang hebat tercipta !

Bentuk jenis pam mungkin jenis 'screw pump' ataupun 'chain pump'
Lebih kurang macam ni lah~

Katanya bangunan nie runtuh disebabkan oleh gempa bumi pada 2 tahun sebelum masihi

3. Statue of Zeus ( 450 BC)

Patung Zeus, Greek
Fun facts : Olimpik pertama diadakan pada 776 sebelum masihi di mana terletaknya Zeus.

Setinggi 40 kaki ( setinggi 4 bangunan), tinggi tu~! Patutlah orang zaman tu hanya boleh mengagak macam mana mahkota si Zeus ni !

Pada 391 AD, Olimpik diharamkan (entah nape~) dan stadium yang mana terletaknya patung Zeus ditutup. Gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan kebakaran merosakkan kuil Zeus. Orang Yunani (Greek) yang kaya berusaha memindahkan patung tu ke Konstantinopel (Istanbul, Turki) - dengan harapan dapat selamatkan patung tu, tapi akhirnya patung tu musnah dalam pembakaran (secara tak sengaja) pada 462 AD.

Manusia merancang, Tuhan menentukan =3

4. Temple of Artemis (800 BC) 

Model Temple of Artemis, Turki
Bekas Temple of Artemis
Kuil nie banyak kali musnah, tapi tiap kali musnah, mesti penduduknya bina balik (rajinnye~) Tiap kali dibina semula, mesti lagi hebat (or so they said). 

Kuil yang mula - mula sekali musnah sebab perang pada 550 sebelum Masihi. Macam biasa, penduduk akan bina balik. 

Beberapa tahun kemudian, ada orang yang namanya Herostratus sengaja bakar kuil tu. 

Alasan? 

"Aku nak popular, nak nama aku diingat sampai bila - bila "

Akhirnya, penduduk bandar tu tetapkan peraturan - sesiapa yang sebut nama Herostratus akan dikenakan hukuman mati. 

Pengajaran?

Popular bukan segalanya. Pfft.

5. Tomb of Mausolus 

Model Tomb of Mausolus, Istanbul, Turki


So.. Ingat lagi Artemis? Makam ni dibina oleh Artemis untuk suami dia, mestilah lepas suami dia mati ( yang peliknya, suami dia adalah abang/adik dia sendiri! ._. ) Macam piramid la jugak, fungsi bangunan ini untuk dijadikan makam (raja - raja dulu suka makam dorang besar - besar ek? )

Sebenarnya, lepas Artemis mati, makam ni tak siap dibina, tapi dorang tetap habiskan sebab makam ni adalah antara projek artis pengukir (er, faham la ye?)

Macam biasa, bangunan ni musnah disebabkan gempa bumi. Pada awal 15 AD, Knights of John of Malta, ambil batu dari bangunan ni sebagai batu binaan untuk istana. So, macam tu jelah bangunan ni hilang..

Er, macam pernah nampak je bangunan ni... 

Mestilah! Kat Amerika Syarikat ada satu; SEMIRIP! Tapi bukan untuk makam lah~ Fungsinya sebagai muzium (ke kuil untuk orang Freemanson?!)


House of Temple, Washington DC, USA
6.Colossus of Rhodes (292 BC) 


Colossus of Rhodes, Rhodes, Greek

Say, si patung ini dibina untuk dewa Helios (orang Greek dan dewanya ._.) atas kemenangan dalam peperangan. Katanya, patung ini dibina di jeti yang mana belakangnya bandar Rhodes.

er, camni kot duduknya si Helios nie

Sekali lagi, patung nie musnah sebab gempa bumi. Lepas musnah, dipotong(?) kecik - kecik untuk dijual di Syria oleh orang Yahudim, katanya, 900 unta diperlukan untuk mengangkut potongan tersebut (mestilah mahal! patung nie dibuat oleh tembaga/gangsa! )

Perasan atau tak,rekaan patung ni hampir sama dengan patung Liberty kat New York! Tinggi pun lebih kurang je ( patung nie setinggi 106 kaki, Liberty 111 kaki)

Statue of Liberty, New York City, USA



7. Lighthouse of Alexandria 

Nama pon 'lighthouse', mestilah fungsinya untuk tunjuk arah! 

Kalau rumah api kita dipasang lampu, rumah api dorang dipasang cermin kat puncaknya boleh memantulkan cahaya lebih dari 35 kaki ! Saintis pun terkejut tau!  


Lepas the Great Pyramid, rumah api ni pun antara yang tertinggi ! ^^ 



Replika rumah api Alexandria, Changsa, China









































































0 orang kritik saye:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates