I'm back again, with some info of countries~! Hum.. Semua ini berlaku ketika saya sedang berborak dengan Huda - my top class student - pasal negara. Hampir semua soalan saya mengenai negara - sejarah mahupun geografi - berjaya dijawabnya dengan baik!
"Ok Huda! Apa negara yang terbesar??"
"Hum, First place Russia, pastu Kanada, pastu baru Amerika"
"Eh?? Bukan Amerika lagi besar dari Kanada ke? Dah la campur nan Alaska lagi~"
"Esh Nani nie, cube check balek kat internet nanti"
Hum, betul nie.. Ingatkan Amerika lagi besar dari Kanada ! Tapi.. oh well! Jom tengok result die !
1.Russia
Moscow, Russia |
keluasan berukuran 17,075,200 km persegi |
Bahasa utama: Russia
Jumlah penduduk: 142,905,208 (sehingga 2010)
Hum, rasenya ramai dah sedia maklum yang memang Russia nie negara terbesar.So takda apa yang nak dinafikan lagi :)
Oh ya, Huda ada cerita yang Russia hanya ada 4 masjid. Betulkah?
Tahu tak, besarnya negara Russia ini, sampai kalau kamu dari timur Russia ingin pergi ke barat Russia menggunakan kereta api mengambil masa lebih 12 jam! Waaah~
2.Kanada
Toronto,Kanada |
Keluasan berukuran 9,984,670 km2 |
Bahasa utama: English dan Perancis
Bilangan penduduk: 34,663,000 (sehingga 2010)
Geografi Tingkatan 2 selalu guna Kanada sebagai perbandingan. Kenapa ya?
Ada satu kawasan (negeri tak silap) yang agak pelik namanya - Newfoundland yang terletak jauh di timur Kanada.
Um, saya ada terbaca satu sumber yang kalau Perancis dahulu tidak berikan Kanada (dan berjaya peroleh Amerika) kepada Inggeris (England), mungkin bahasa yang selalu dipertuturkan di dunia adalah Perancis! Waah~
3.Amerika Syarikat
Washington D.C |
keluasan berukuran 9,826,675 km2 |
Bahasa utama: English
Jumlah penduduk: 312,680,000 (anggaran sehingga 2011)
Okey Huda! Saya mengaku~! Memang USA jauh lebih kecil dari Kanada! Saya ingatkan dulu Amerika tu besarnya sampai Brazil nun~ Huhu
Eh perasan tak, bendera antara UK dengan USA sama warna? Mungkin kebetulan? Tapi dahulu kala, Amerika milik England (England sebahagian daripada UK), sampai Amerika mengisytiharkan kemerdekaan pada 4 Julai 1776.
Rasanya penduduk di Amerika tidak perlu ke luar negara untuk merasai iklim nya, kerana mereka hampir mempunyai semua iklim di sana - gurun, bersalji, sederhana(?)
4.China
Forbidden City, Beijing |
keluasan berukuran 9,640,821 km2 |
Bandar utama: Beijing
Bahasa utama: Mandarin
Jumlah penduduk: 1,339,724,852 (sehingga 2010)
Wuut~! China~! Waktu kecil, budak-budak lagilah. Saya ingat China negara terbesar di dunia :'D .
Dahulu China 'bersahabat baik' dengan Russia dalam pakatan Soviet Union. Malangnya China berpecah daripada pakatan itu pada 1991. Eh boleh dikatakan awal lagi la kan?
Ayah kata Soviet Union itu komunis.. Hum~
5.Brazil
Brasilia,Brazil |
keluasan berukuran 8,514,877 km2 |
Bandar utama: Brasilia
Bahasa utama: Portugis (waah~)
Jumlah penduduk: 192,376,496 (anggaran sehingga 2011)
Hum, saya tak ada banyak sangat maklumat pasal Brazil nie. Tapi apa yang tahu negara mereka terkenal dengan bola sepak. Oke, tolong jangan boikot saya~!
Bandar Brasilia merupakan bandar yang pertama dibina pada abad 20-an. Hum.. Semoga berjaya ya Brazil!
Oh ya, hutan Amazon - hutan hujan terbesar - merupakan sebahagian daripada Brazil.
6.Australia
Canberra, Australia |
keluasan berukuran 7,617,930 km2 |
Bahasa utama: English
Jumlah penduduk: 22,775,177 (anggaran sehingga 2011)
Rasanya tiada siapa yang tidak kenal akan Australia - negara Kanggaru dan Koala ini.
Sekali lagi, bendera Australia dan England akan sama, kerana dahulu Australia juga milik England~
Bertuah nya negara Australia ini sebab negara mereka agak unik. Bayangkan, laut di utara Australia sentiasa panas (berdekatan dengan Garisan Khalatulistiwa), manakala di bahagian Selatan sentiasa sejuk (sebab dekat dengan Antartika!)
Saya pernah dengar pepatah ini pasal Australia;
Hum, setakat ini sajalah! Ada lagi sebenarnya, tapi penyakit malas menyerang kembali (dan saya mahu tidur!). Ada salah silap? Sila tegur~! Mungkin ada yang saya terlepas pandang! Don't worry, saya tak makan orang-lah~ Saya makan nasi jaa...