" Pernah tengok tak Snow White? "
" Snow White? Tak la pulak, salji putih pernah la tengok "
" Pandai la kau buat lawak~ "
Betul ni ! Pernah tengok tak cerite pasal Disney Princess? Snow White? Cinderella ? Tak ? Okelah! Hari nie terdetik pulak nak listkan semua cerita tu, and korang tau tak, setiap cerita tu asalnya dari kisah dongeng, atau fairytale? (sama la tu kan?) So here I goes~!
Snow White
Muncul buat kali pertama dalam cerita Snow White and the Seven Dwarfs, pada tahun 1939. Cerita nie berasal dari Eropah dan popular di Jerman setelah dipopularkan oleh Brothers Grimm (Jacob dan Wilhelm Grimm) dengan kisah Snow White and the Seven Dwarves
Kalau bukan versi Jerman lain tau!
- 12 orang kerdil tu sebenarnya perompak
- Cermin ajaib milik Maleficent pula ditukar dengan dialog antara matahari atau bulan.

- watak utama - Snow White probably - tinggal dengan 40 ekor naga
- Snow White koma bukan pasal epal, tapi sebab cincin
- Pada permulaan cerita, cikgu Snow White suruh Snow White bunuh mak tiri dia (Maleficent) supaya cikgu nya boleh jadi permaisuri
- Dalam versi Albani ada 2 versi orang yang nak bunuh Snow White - mak tiri dia, dan dua orang kakak tiri Snow White. Kedua - dua sebab nak bunuh pasal cemburu.
Dia nie pulak muncul dalam kisah Cinderella pada tahun 1950. Kalau Cinderella yang ini, Disney ambil dari Cinderella versi Perancis oleh Charles Perrault, yang ditulis pada tahun 1697.
Tahu tak, nama Cinderella ada makna yang bermaksud seseorang yang menerima kesenangan setelah mengharungi pelbagai kesusahan. That's really sound Cinderella-ish.

- Cenerentola - oleh seorang askar Nepolion dan pegawai kerajaan; pada 1634
- Aschenputtel - oleh Brothers Grimm; pada 1697
- Cinderella - oleh Charles Perrault; pada 1697
Aurora

Kisah Sleeping Beauty ada dua nama :
- La Belle au bois dorman (The Beauty in the Sleeping Wood) - Perancis
- Little Briar Rose - Jerman
Ariel
Si puteri ikan duyung ini pula muncul dalam cerita The Little Mermaid pada tahun 1989. Kalau dia nie pulak, Disney ambil dari kisah pensyair berbahasa Danish (Denmark I assume), yang bernama Hans Christian Andersen. Asalnya cerita ini ditulis untuk pertunjukan balet, selepas popular ianya diterbitkan menjadi teater muzikal dan filem animasi.

Tau tak, ada sebuah patung duyung telah dibuat sempena dengan kisah The Little Mermaid. Patung itu dibina di atas batu, dan terletak di Denmark. Kalau dalam cerita Disney's The Little Mermaid, ada satu part Ariel akan duduk sama macam cara patung tu duduk!
Oh ya! kisah Ariel ada sambungan! Dalam sambungan tu, anak dia - Melody - jadi watak utama; dalam kisah The Little Mermaid:Ariel's Beginning ! Ini menyebabkan Ariel merupakan satu-satunya watak Disney's Princess yang menjadi ibu.
" So, Disney Princess yang lain selamanya jadi Princess la? Never be a mom? "
"Adoi, mane la aq tau~ "
Belle

Encik Wiki takde tulis pulak mane die tulis asal cerita The Beauty and the Beast, but for me, kisah ini berasal dari Perancis sebab Belle dalam bahasa Perancis bermakna Beauty. Tajuk cerita nie dalam bahasa Perancis adalah La Belle et la Bête
Eh, lain la versi Disney dengan yang asal!
- Kalau yang asal, Belle asal dari keluarga yang kaya - dengan 2 orang kakak, kalau si Belle nie baik, kakak dia pulak jahat dan 'jual ikan' (you know what I mean right?). Tapi keluarga dia hilang segala kekayaanya dalam ribut di laut.
- Ayah dia seorang pedagang - berbanding dengan ' mad scientist'
- Ayah dia sesat lepas balik dari pelabuhan - berbanding dengan sesat sebab nak hadiri pertandingan rekacipta.
"Panjang la! Nak baca lanjut, tanya pakcik Wiki je!"
Jasmine

Puteri Jasmine berpakaian orang Arab - well of course, pakaian orang Arab dahulu kala.
Pocahontas

Pocahontas ada perbezaan dengan kisah watak Disney Princess yang lain.
- Tak kahwin dengan putera diraja
- Ada dua orang watak yang minat dia - so dia boleh pilih mana satu yang dia suka!
Mulan

Dia muncul dalam cerita Mulan pada 1998.
Oh ya! sajak The Ballad of Mulan diaptasi dari watak bersejarah - Hua Mulan. Kisah dia lebih kurang macam Disney Mulan - jadi askar mengantikan ayah dia, dan menolak untuk menerima apa- apa gelaran atau pangkat.
Tiana

Ohhh ya, watak Tiana nie banyak sangat peminat. Sebab ramai artis terkenal berkulit hitam nak sangat jadi suara untuk Tiana nie. Mula-mula Jennifer Hudson dan Anika Noni Rose mendapat undian tertinggi. Bukan tu je, Alicia Keys sendiri telefon studio Disney personally nak watak Tiana! Tak lama lepas tu, Tyra Banks pula dicalonkan untuk watak tu! Waah~! Tapi akhirnya Anika Noni Rose juga yang dapat watak Tiana tu. (Teringin nak dengar Tyra Banks jadi suara latar Tiana!)
Rapunzel
Puteri berambut panjang yang sepanjang 70 kaki ni pula muncul dalam cerita Rapunzel pada tahun 2010. Kisah Rapunzel ini berasal dari German, oleh Brothers Grimm.

Ada versi lain juga!
- Petrosinella - dari Eropah, dan yang tertua
- Pentamerone - oleh Giambattista Basile, 1634
Allrite! That's it! Panjang sangat kan? Better stop right here. Someone will be looking at me.
![]() |
Told you there's someone looking at me (_ _') |